Categories
SELANGOR

25 premis gagal patuh permit kerusi, MPK kutip RM10,000

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 15 OGOS: Sekurang-kurangnya RM10,000 berjaya dikutip Majlis Perbandaran Klang (MPK) hasil bayaran permit sementara membabitkan 25 premis di sekitar kawasan Bukit Raja dalam operasi julung kali diadakan baru-baru ini.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, berkata semua premis berkenaan gagal mematuhi garis panduan pengeluaran permit kerusi.

“Berikutan kegagalan mereka patuh pada garis panduan berkenaan, maka MPK menampal pelekat pada meja termasuk memberi tempoh sebulan bagi mereka memohon permit yang sepatutnya.

“Permit berdasarkan bilangan meja yang diletak di luar premis, contohnya RM1 bagi satu meja sehari,” katanya ketika turun padang dalam operasi itu, di sini.

Setiausaha MPK, Adi FaizalAdi berkata, sepanjang operasi tiga hari itu pihaknya mendapati banyak premis meletakkan kerusi dan meja di luar premis tanpa kebenaran MPK.

Bagaimanapun, Adi berkata semua premis terlibat memberi kerjasama baik dan akur dengan tindakan penguatkuasaan.

“Ini adalah satu tindakan proaktif MPK memantau dan memeriksa premis makanan bagi penguatkuasaan terhadap garis panduan seperti yang disebutkan.

“Selain memeriksa permit, kita juga beri khidmat nasihat dari segi kebersihan dan lain-lain permit yang harus dipohon pemilik premis.

“Kita juga alu-alukan mana-mana peniaga yang meletakan kerusi dan meja yang belum sempat kita lawati, membuat permohonan ke bahagian pelesenan,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.