Categories
SELANGOR

5,500 anak asnaf terima bantuan wang saku

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 OGOS: Seramai 5,500 anak asnaf fakir miskin menerima bantuan wang saku membabitkan RM3,600 seorang bagi tempoh setahun daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), tahun ini.

Dalam laman sosial Facebook LZS memaklumkan, bantuan itu bagi keperluan wang saku anak fakir miskin yang melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta terpilih.

“Bagi bantuan wang saku sesi Julai hingga Disember 2016, ia disalurkan ke akaun bank masing-masing, bermula 15 Julai lalu.

zakat“Bantuan ini dijangka selesai disalurkan ke akaun bank selewat-lewatnya 31 Ogos ini,” katanya.

LZS memaklumkan bantuan akan disalurkan secara berperingkat kepada mahasiswa selepas proses semakan keputusan peperiksaan mereka dilakukan.

Setiap mahasiswa ini akan menerima bantuan wang saku maksimum RM1,500 bagi sesi ini bergantung kepada keputusan peperiksaan mereka dan tempoh tamat pengajian.

“Namun begitu, bagi mahasiswa yang menerima sebarang pinjaman dan tajaan lain, tidak layak untuk menerima bantuan ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.