Categories
NASIONAL SUKANKINI

ARRC: Dua podium di Sentul bantu Zaqhwan pendahulu Supersports 600cc

SENTUL, INDONESIA 7 OGOS: Dua podium termasuk gelaran naib juara pada Perlumbaan 2 membantu pelumba Malaysia, Md Zaqhwan Zaidi untuk mendahului kedudukan keseluruhan SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Sentul, Indonesia, hari ini.
Di sebalik penguasaan pelumba tuan rumah di litar sepanjang 3.864 kilometer itu, pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mempamerkan aksi cukup agresif apabila berjaya memintas tiga pelumba serentak pada penghujung perlumbaan untuk menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 24’19.395s.

Gelaran juara menjadi milik pelumba Astra Honda Racing Team, Gerry Salim yang meraih kemenangan berganda di Sentul dengan masa keseluruhan 24’17.743s manakala rakan sepasukan, Dimas Ekky Pratama ketiga dengan masa 24’19.593s.

“Saya terpaksa bekerja keras sepanjang perlumbaan terutama setelah bermula agak perlahan. Saya cuba untuk berada di kelompok hadapan namun agak ketinggalan di kedudukan kelima. Cuma persaingan sengit diantara Dimas, Tomoyoshi Koyama dan Ahmad Yudhistira membolehkan saya merapatkan kedudukan dengan mereka,” jelas Zaqhwan.

“Menuju ke penghujung perlumbaan, kesilapan mereka membuka ruang untuk saya memintas walaupun ia agak berisiko, namun tindakan saya itu berbaloi,” jelas Zaqhwan yang kini berada di tangga teratas dengan mengumpul 131 mata keseluruhan.

Zaqhwan Zaidi
Zaqhwan Zaidi

Koyama berada di kedudukan kedua dengan mengumpul jumlah mata yang sama manakala Yuki Takahashi yang tidak beraksi di Indonesia jatuh ke kedudukan ketiga dengan 104 mata diikuti Dimas dan Gerry, masing-masing dengan 99 dan 99 mata.

Dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba Yamaha Thailand Racing Team, Apiwat Wongthananon menebus kekecewaan pada Perlumbaan 1 apabila muncul juara dengan menewaskan pencabar utama, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) sekaligus melebarkan jurang pendahulu kepada 36 mata.

Apiwat menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 21’51.097s diikuti Yamamoto, 21’51.195s manakala Yusuke Nakamura (Akeno Speed WJR Racing Team) ketiga, 21’51.460s.

Sementara itu, dua pelumba senior, Ahmad Fazli Sham (UMA Racing Yamaha Maju Motor) dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) berjaya menamatkan perlumbaan Underbone 130cc di kedudukan kedua dan ketiga dengan masa 19’17.926s dan 19’17.964s untuk menebus kehampaan gagal menamatkan Perlumbaan 1, semalam.

Gelaran juara menjadi milik Wahyu Aji Trilaksana yang bersendirian melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 19’13.483s.

Kemenangan itu membantu Wahyu untuk naik ke tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 88 mata diikuti pelumba T Pro Yuzy Honda NTS, Md Amirul Ariff Musa dengan 83 mata dan Md Izzat Zaidi Salehan (RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang) ketiga dengan 82 mata.
Keputusan Perlumbaan 2:

SuperSports 600cc
1. Gerry Salim (INA) Honda 24’17.743s 2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 24’19.395s 3. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 24’19.593s 4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 24’19.704s 5. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 24’19.990s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 131 mata 2. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 131 mata 3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 104 mata 4. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 99 Mata 5. Gerry Salim (INA) Honda 94 mata

Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 21’51.097s 2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 21’51.195s 3. Yusuke Nakamura (JPN) Yamaha 21’51.460s 4. Imanuel Putra Pratna (INA) Yamaha 21’51.519s 5. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 21’52.004s

Kedudukan keseluruhan:
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 171 mata 2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 135 mata 3. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 104 mata 4. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 97 mata 5. Yusuke Nakamura (JPN) Yamaha 78 mata

Underbone 130cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 19’13.483s 2. Ahmad Fazli Sham (MAS) 19’17.926s 3. Norizman Ismail (MAS) Honda 19’17.964s 4. Wahyu Nugraha (INA) Yamaha 19’17.971s 5. Florianus Roy Brilyaan (INA) Yamaha 19’17.983s

Kedudukan keseluruhan:
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 88 mata 2. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 83 mata 3. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) 82 mata 4. Ahmad Fazli Sham (MAS) 60 mata 5. Norizman Ismail (MAS) Honda 56 mata

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.