Categories
NASIONAL

FAMA tidak benar pekerja asing di pasar tani

OLEH SYASYA SUFIAN

KELANA JAYA, 1 OGOS: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor menegaskan tidak membenarkan peniaga pasar tani mengambil pekerja asing sebagai pembantu di lot perniagaan masing-masing.

Pengarah FAMA Selangor, Abdul Ghariff Ramin, berkata FAMA menetapkan beberapa peraturan kepada peniaga yang tidak membenarkan warga asing diambil sebagai pekerja.

“Pasar tani ini adalah untuk membantu peniaga dan pekerja tempatan sebab itu kita melarang sama sekali pekerja asing di ambil.

“Jika terdapat peniaga berdegil FAMA akan mengambil tindakan tegas dengan terus membatalkan permit peniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini ketika Majlis Jamuan Hari Raya FAMA Selangor di Tapak Pasar Tani Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir ke majlis Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaubagaimanapun, tambahnya lagi, akan terus memantau perniaga pasar tani bagi memastikan imej pasar tani di negeri itu dijaga.

Ditanya mengenai Projek Pasar Kekal, katanya beliau sudah mengemukakan isu itu kepada Menteri Besar dan masih dalam usaha mencari kawasan yang bersesuaian untuk melaksanakannya.

“Menteri Besar memberi maklum balas baik, dan perkara ini masih dalam perbincangan bagaimana ingin mewujudkan pasar tani kekal tanpa perlu berpindah kerana ia juga menyukarkan dari segi pemantauan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.