Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Hero BN Selangor disaran bersihkan ‘sampah’ di Putrajaya dulu

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 OGOS: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar yang baru dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan diingatkan supaya tidak berlagak seperti hero di Selangor.

ng-suee-limAhli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata hal itu berikutan Kerajaan Negeri mampu menyelesaikan masalah pengurusan sampah di Selangor berbanding ‘sampah’ yang terdapat di Putrajaya.

“Kita tahu dia baru dapat jawatan menteri semula, sebab itulah dia cuba nak jadi hero di Selangor dan bercakap pasal isu sampah tetapi saya rasa lebih baik dia bersihkan ‘sampah’ di Putrajaya dahulu kerana sampah di sana sudah terlalu busuk hingga memalukan rakyat Malaysia,” bidasnya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) Darul Ehsan Ke-13, di sini, hari ini.

Suee Lim turut menggesa Noh Omar memastikan supaya janji yang ditabur ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dilaksanakan BN.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.