Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Gol Andik pastikan Red Giants seri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 OGOS: Ketua pasukan Selangor, Andik Vermanshah menjadi penyelamat pasukan gergasi merah apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukannya pada separuh masa kedua.

Tandukan Andik pada minit ke-83 selepas menerima hantaran silang pemain gantian Adam Nor Azlin itu memastikan Selangor sekurang-kurangnya mencuri satu mata daripada pasukan pelawat, Terengganu.

Terdahulu, sebaik permainan bermula, Selangor terlebih dahulu beberapa kali menggasak ke kubu lawan bagi mencari gol awal.

Namun penyudah yang tumpul menyaksikan serangan yang diatur mudah dipatahkan pertahanan Terengganu.

Tidak mahu mengalah mudah, Terengganu turut melancarkan beberapa serangan sehinggalah pada minit ke 13, rembatan Norshahrul Idlan Talaha melepasi palang gol.

Pada minit ke 14, sepakan percuma yang diperolehi Terengganu kira-kira 10 meter daripada kawasan penalti terkena benteng yang dibina pemain Selangor.

Selangor yang turut memperolehi beberapa peluang terbaik hampir memperolehi gol pada minit ke-34, namun sepakan lemah Patrick Ronaldinho berjaya ditepis sebelum lantunan bola yang sempat disepak pemain Selangor ditampan pula pemain pertahanan Terengganu.

Pada minit ke-40, sepakan percuma oleh Andik berjaya ditanduk Ronaldinho namun sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Terengganu.

Perlawanan kekal 0-0 sehingglah tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, walaupun kedua-dua pasukan cuba melancarkan serangan tetati pasukan pelawat dilihat lebih mendominasi perlawanan.

Hingglah ke minit ke-64, rembatan kencang Ashari Samsudin mengegarkan gawang Selangor menjadikan kedudukan 1-0.

Enggan berputih mata di laman sendiri, usaha Selangor menggandakan asakan ke kubu lawan akhirnya membuahkan hasil apabila tandukan Andik gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu, Md Sharbinee Allawee.

IMG_20160816_220341-1024x727Selangor walaupun beberapa kali diasak, namun berjaya melancarkan beberapa serangan balas yang hampir menghukum Terengganu.

Antaranya serangan pada minit ke-80, 83 dan 87 yang melibatkan Andik dan Mohd Hafiz Kamal yang hampir membuahkan gol kedua.

Bagaimanapun keputusan seri 1-1 kekal hingga ke masa penamat sekaligus melebarkan rekod tanpa kekalahan kepada tiga perlawanan selepas K.Gunalan mengambil alih tempat Zainal Abidin Hassan sebagai jurulatih.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.