Categories
SELANGOR

Pengajian sijil Masjid Negeri tangguh seminggu

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 OGOS: Pengajian peringkat sijil dan kelas ilmu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ditangguhkan untuk tempoh seminggu.

Penangguhan dibuat susulan kejadian kebakaran di sebuah bilik kuliah Masjid Negeri itu, pada 29 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan masjid ketika dihubungi SelangorKini menerusi Facebook, sebentar tadi.

“Pengajian bersijil cuti buat sementara waktu. Jika ada penambahan cuti, pihak masjid akan memaklumkan perkara itu kemudian,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya memaklumkan tempat pengajian baru masih belum diputuskan pengurusan Masjid Negeri.

Sebelum ini, bilik kuliah berkeluasan 54 meter persegi di tingkat bawah masjid hangus dijilat api sebaik sahaja jemaah selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan.

Dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta nilai kerugian kejadian masih dalam siasatan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.