Categories
SELANGOR

INFYNYTY ditaja bawa produk aplikasi ke antarabangsa

SHAH ALAM 20 OGOS: Kerajaan Selangor menaja Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) INFYNYTY Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (JPBD Selangor) ke pertandingan ’International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) 2016 – Bangkok yang berlangsung pada 22– 27 Ogos ini di Bangkok, Thailand.

KIK INFYNYTY menghasilkan satu aplikasi telefon pintar (smartphone apps) berkaitan produk perancangan iaitu “Aplikasi Telefon Pintar Bagi Mengakses Rancangan Pemajuan dan Memudahkan Penyertaan Awam”.

“Smart Solution” ini diiktiraf di pelbagai peringkat pertandingan lantaran ia memberi solusi dalam merapatkan jurang di antara pihak kerajaan dan rakyat dalam merencana pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan persekitaran.

Perkara itu dinyatakan dalam kunjungan hormat Kumpulan INFYNYTY bersama Pengarah JPBD Selangor, Muhammad Ridzuan Arshad, di Pejabat Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad beliau baru-baru ini.

Nik Nazmi menjelaskan bahawa Kerajaan Selangor memandang serius terhadap prospek masa hadapan INFYNYTY serta produk itu,

Katanya justeru tajaan itu merupakan komitmen Kerajaan Negeri memandangkan projek dihasilkan boleh digunapakai dan dikomersilkan serta bermanfat kepada agensi lain, masyarakat dan negara.

“Tajaan ini juga memberi peluang kepada INFYNYTY meluaskan lagi faedah yang diterima bagi produk perancangan diiktiraf sebagai yang pertama seumpamanya ini selain mempromosikan intelek negara ke pasaran luar,” katanya.

Penghasilan aplikasi telefon pintar ini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri ke arah membangun Smart Selangor Yang Peduli dan ia mensasarkan peningkatan keberkesanan sistem penyampaian kepada rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.