Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Invest Selangor tarik RM130.7 bilion, bantu 4,600 projek sejak ditubuhkan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OGOS: Invest Selangor berjaya menarik pelaburan bernilai RM130.7 bilion bagi sektor pembuatan di negeri itu sejak ia ditubuhkan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pada 2015 Selangor mencapai nilai pelaburan lebih RM7.9 bilion, meningkat sebanyak 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Walaupun kami amat berbangga dengan kejayaan ini, kami ingin memberi jaminan bahawa kami terus bekerja keras menambahbaik apa yang kami tawarkan hari ini.

“Invest Selangor mempunyai rekod prestasi hebat membantu pelabur serta sokongan perniagaan selepas pelaburan dibuat atau lebih tepat lagi Invest Selangor berjaya membantu lebih 4,600 projek perkilangan sejak penubuhannya,” kata Mohamed Azmin.

mb-invest 1Mohamed Azmin berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di hadapan kira-kira 1,000 pelabur dalam dan luar negara pada majlis Invest Selangor Gala Dinner yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, malam tadi.

Katanya, Kerajaan Negeri bukan sahaja meletakkan negeri itu sebagai pusat utama pelaburan di rantau Asia Tenggara malah turut berusaha ke peringkat dunia.

Katanya, Selangor terus diperkenalkan melalui pelbagai promosi khususnya dengan mengadakan Ekspo Antarabangsa yang dijadikan sebagai acara tahunan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.