Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Isu PPR: Pakatan warisi ‘beban’ BN sejak 2008

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 OGOS: Hampir RM8 juta diperuntukkan Kerajaan Selangor sejak 2008 bagi membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu.

Mengambil contoh pada 2011 dan 2012, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata lebih RM3.1 juta dibelanjakan untuk membaik pulih dan menggantikan lif juga pam air di PPR Lembah Subang 1 dan PPR Kota Damansara.

“Manakala tahun ini sahaja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menanggung kos RM4.7 juta untuk penyelenggaraan PPR Lembah Subang 2 seperti pembersihan awam, kutipan sampah dan elektrikal.

“Kos itu tidak termasuk peruntukan RM7.5 juta dalam Belanjawan Selangor 2015 bagi membaik pulih PPR Kota Damansara berjumlah RM5 juta, PPR Kg Baru Hicom (RM1.1 juta) dan PPR Serendah (RM1.4 juta),” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, kerajaan Pakatan Selangor terpaksa mewarisi PPR yang sarat masalah sewaktu mengambil alih pentadbiran negeri, pada Mac 2008.

CP2A8308-800x533Malah, katanya, dakwaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar kononnya Kerajaan Negeri gagal menyelanggara PPR di Selangor juga tidak tepat.

“Serangan Noh terhadap Kerajaan Selangor adalah tidak tepat dan menyembunyikan banyak banyak fakta.

“Noh seharusnya mengurangkan permainan politik dan memberi tumpuan kepada usaha pembelaan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Noh berkata, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri bagi memohon mengambil alih pengurusan dan penyelenggaran bangunan PPR di Selangor.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, langkah terbabit kononnya sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu kementerian dalam pengurusan PPR selepas melihat kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan PPR di Lembah Subang 1.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.