Categories
SELANGOR

Kayuhan Santai Jalur Gemilang di Ampang, 29 September

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Kayuhan Santai Jalur Gemilang bagi memupuk semangat patriotik dan nasionalisme dalam kalangan masyarakat sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.

Program terbabit akan berlangsung di perkarangan Ampang Point, bermula jam 7.30 pagi, pada 29 September ini.

mpajPegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad, berkata penganjuran program itu juga untuk melahirkan rasa kecintaan kepada negara dan membimbing rakyat bermotivasikan diri agar bersikap positif.

“Selain itu, ia dapat memberi ruang kepada syarikat swasta dan badan bukan kerajaan untuk menyumbang kepada komuniti melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Ia turut merapatkan hubungan antara MPAJ dan masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, program seperti itu juga dapat memperkenalkan Ampang sebagai tarikan pelancong serta mewujudkan lebih banyak program mampan yang bercirikan Agenda Kerajaan Tempatan 21 (LA21).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.