Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Negeri sedia peruntukan dana bina masjid baru

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kerajaan Negeri bersedia memperuntukkan dana bagi membina masjid baru bagi menampung keperluan masyarakat Islam di Seksyen 24.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebelum itu beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti isu keluasan tanah yang sesuai.

“Sebelum ini ada isu tapak yang sesuai kerana tapak sedia ada ini pasti tidak dapat menampung pembinaan masjid baru dengan keluasan lebih besar.

“Dan sebab itu saya kata tadi dengan selesai isu tapak ini, kita meneliti dana yang perlu diperuntukan kepada JAIS untuk pembangunan masjid di Selangor, bukan di seksyen 24 sahaja.

“Baru-baru ini saya juga bertemu dengan penduduk Putra Height dan mereka juga menghadapi masalah sama kerana pembangunan yang begitu rancak mendesak agar pembangunan masjid juga diteliti,” kata Mohamed Azmin.

ehsan 2Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan bersama dan bertemu mesra dengan masyarakat di Seksyen 24 di sini, hari ini.

Jelasnya, ketika ini memang terdapat keperluan pembinaan sebuah masjid baru bagi menampung penduduk beragama Islam yang dianggarkan seramai 80,000.

Katanya, masjid sedia ada di Seksyen 24 sudah tidak mampu menampung keperluan masyarakat islam di situ ekoran dibina di atas tapak yang kecil.

Sementara itu, Nazir Masjid Seksyen 24, Baharuddin Dawam memberitahu masjid baru dicadangkan dibina di atas tanah seluas dua hektar berhampiran Kompleks Warga Emas yang dimiliki organisasi bukan kerajaan, Prihatin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.