Categories
NASIONAL

Kuih Bulan Reformasi imbau detik Anwar dijatuhkan

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 11 OGOS: KEADILAN melancarkan Kuih Bulan Reformasi bersama maskot ADIL bertempat di Ibu Pejabatnya hari ini.

Ketua Penerangan AMK Malaysia, Lee Chean Chung, berkata ia dibuat bagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya meneruskan agenda Reformasi dan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim serta menindas rakyat.

“Pada September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya dan ditahan serta dizalimi. Pada ketika itu juga tercetuslah gerakan yang dipelopori rakyat.

CP2A4272-800x533“Secara kebetulan, pelancaran Gerakan Reformasi jatuh pada Pesta Tanglung hari berkenaan,” katanya.

Pelancaran kuih bulan disempurnakan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan setiap kotak kuih bulan dijual pada harga RM20 mengandungi dua biji kuih berperisa lotus dan kacang.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.