Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Kepelbagaian & perpaduan jadikan Petaling Jaya ‘hidup’

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 28 OGOS: Kerajaan Negeri komited mendukung kerjasama dalam memupuk perpaduan melalui pelbagai inisiatif.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kepelbagaian dan perpaduan rakyat dapat dirai sekaligus menjadikan sesebuah bandaraya yang ‘hidup’ di Selangor.

“Melalui idea yang dinamik, kreatif dan sempurna dapat menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya yang ‘vibrant city’.

“Bandaraya ini akan kosong jika tiada kerjasama yang kuat.

“Kepelbagaian, hubungan dan budaya menjadikan Petaling Jaya sebuah kawasan sesuai didiami,” katanya di Majlis Perasmian Pj Fair 2016, di sini, malam tadi.

IMG_20160827_222541_458Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain.

Mohamed Azmin menyifatkan sambutan festival terbabit luar biasa tahun ini.

“Saya rasa berbangga sambutan festival ini sangat meriah dan luar biasa bagi tahun ini.

“Kerajaan Negeri sentiasa mendukung program memupuk semangat perpaduan seperti ini,” katanya.

Festival Petaling Jaya yang bertemakan ‘The Colours of PJ’ merupakan festival tahunan yang membawa hala tuju untuk menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat di Petaling Jaya dan kawasan sekitar.

EZY