Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Rizab Selangor capai RM3.78 bilion, fokus urus ekonomi mampan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 OGOS: Rizab negeri mencapai pertumbuhan maksima dengan simpanan berjumlah RM3.78 bilion bagi penilaian sehingga 12 Ogos lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding jumlah simpanan RM3.25 bilion, pada 31 Disember 2015.

“Kejayaan ini menuntut Kerajaan Negeri merancang pelaburan dan penggunaan rizab secara berhemah dan bertanggungjawab.

EKONOMI SELANGOR“Komitmen ini bertujuan untuk menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang organik dan mampan.

“Aspek ini merangkumi pertumbuhan substantif sebenar yang semakin berkembang membabitkan bidang infrastruktur dan lainnya,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, pertambahan nilai rizab negeri didorong keberhasilan dan pengurusan telus diamalkan Kerajaan Pakatan sejak 2008.

Katanya, kemajuan itu juga didorong hasil kesaksamaan dan prinsip intergriti tinggi diamalkan penjawat awam untuk terus menyumbang kepada perkembangan rizab negeri.

Sebelum ini, rizab yang ditingalkan ketika itu berbaki kurang RM1.5 bilion ketika Pakatan merampas Selangor daripada pentadbiran Umno Barisan Nasional.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.