Categories
SELANGOR

My Selangor Story 2016 sasar pelancong China

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kempen My Selangor Story 2016 kini kembali dengan mensasarkan pelancong daripada China.

Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Nazri Tashriq Rahmat, berkata seramai 12 pelancong yang juga blogger daripada portal pelancongan terbesar China, Lotour (lotour.com) menyertai program lima hari empat malam di Selangor.

Katanya, mereka berkongsi pengalaman percutian menerusi Lotour dan platform media sosial lain.

“Program ini bertujuan mempromosi Selangor yang kaya dengan sumber pelancongan di samping meningkatkan pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya dan aktiviti di negeri ini.

“Kempen pelancongan unik ini juga mahu menonjolkan lagi jenama Tourism Selangor dan kesemua penaja yang bermurah hati membantu pelaksanaan program ini,” katanya dalam kenyataan media.

My Selangor Story 2016 dianjurkan bersama My Horizon Media Sdn Bhd dengan kerjasama Lotour.

SekinchanSepanjang program berlangsung, blogger antara lain berkesempatan mengunjungi Festival Bon Odori ke-40 di Shah Alam, baru-baru ini.

Mereka turut berseronok di Taman Tema Sunway Lagoon di Subang Jaya, Pantai Sasaran (Kuala Selangor), Pulau Angsa (Kuala Selangor), Batu Caves (Gombak) dan Sekinchan.

Untuk membaca lebih lanjut pengalaman dan perkongsian blogger, orang ramai boleh mengunjungi www.lotour.com/dms/Selangor/starsigns/index.shtml#page5

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.