Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Optimis perkasakan aliran pendidikan agama

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEKINJANG, 28 OGOS : Kerajaan Negeri optimis untuk terus menjana skop pendidikan negeri untuk 2017 merangkumi aspek pembangunan madrasah integrasi tahfiz Selangor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Yunus Hairi, berkata jaminan tersebut bakal dizahirkan menerusi pembentangan Belanjawan 2017 depan.

“Untuk tempoh ini memang sudah ada persediaan bajet kerana sebelumnya, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ada maklumkan sejumlah peruntukan untuk pembangunan negeri 2017.

“Saya kira perkara ini juga tentu sekali melibatkan aspek pembangunan sekolah integrasi tahfiz seluruh negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang di perkarangan Masjid Jamiul Ehsani, di sini hari ini.

IMG_2040Dalam pembentangan Belanjawan 2016 lalu, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan pendidikan aliran agama merangkumi prospek pendidikan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat.

Sementara RM2 juta lagi diperuntukkan bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat akan menjadikan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pada masa sama, Dato’ Menteri Besar juga sebelum ini dalam perbincangan meja bulat Belanjawan 2017 komited memastikan belanjawan berteraskan gagasan Smart Selangor terus diperkukuh demi manfaat rakyat.

EZY