Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pakatan bijak urus ‘beban’ Umno BN – Haniza

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Pakatan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’Seri Mohamed Azmin Ali jauh lebih bijak mengurus negeri, berbanding ‘beban’ ditinggalkan Umno Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha, berkata Pakatan kini terpaksa menanggung isu yang gagal diselesaikan Umno BN ketika memegang tampuk pemerintahan negeri.

“Bukan hanya isu Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kerajaan Negeri turut menangung beban lain ditinggalkan BN seperti isu tanah, masalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), pembinaan rumah kos rendah dan banyak lagi.

“Namun, Pakatan lebih bijak dan telus mentadbir negeri,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan negatif Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

haniza talhaPada masa sama, Haniza berkata, kejayaan Pakatan didorong perolehan rizab Kerajaan Negeri yang semakin meningkat selepas mengambil alih pentadbiran negeri.

“Apabila Pakatan mengambil alih negeri, BN hanya tinggalkan rizab sekitar RM1 bilion sahaja, namun kita berjaya meningkatkannya mencecah RM4 bilion,” katanya.

Noh sebelum ini mendakwa pentadbiran Kerajaan Negeri gagal menyelesaikan isu penyelenggaraan bangunan PPR, sebelum menghantar surat rasmi untuk proses pengambil alihan.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, langkah terbabit kononnya sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu selepas beliau menerajui kementerian di Putrajaya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.