Categories
SELANGOR

PANTAS MPK giat pantauan, tangani kebakaran terbuka elak jerebu

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran secara terbuka kerana ia boleh mengakibatkan keadaan cuaca menjadi jerebu.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) melalui Pasukan Tindakan Segera (Pantas) terus mempergiatkan pemantauan di beberapa kawasan dan mendapati terdapat dua lokasi menjadi sasaran pembakaran terbuka oleh peneroka haram yang menjalankan aktiviti di situ.

Lokasi pertama dijalankan ketika memantau di sekitar Johan Setia dan Skuad PANTAS mendapati terdapat kebakaran batas gambut lebih kurang 10 batas, namun tiada individu ditemui, semalam.

WhatsApp Image 2016-08-12 at 1.20.23 PMPada hari sama, Skuad PANTAS meneruskan tinjauan dan mengesan berlakunya kebakaran batas pertanian dengan anggaran lapan batas di Jalan 6.

Difahamkan, kebakaran tidak merebak ke lokasi lain dan orang ramai harus memandang serius perkara itu kerana asap kebakaran boleh membahayakan kesihatan.

Sebelum ini, pencemaran udara akibat jerebu adalah topik hangat ketika Malaysia mengalami masalah jerebu yang teruk akibat pembakaran terbuka yang berpunca dari negara seberang mengakibatkan bacaan IPU berada ditahap tidak sihat termasuk Selangor.

Bagaimanpun, kenyataan Indonesia baru-baru ini berhubung jerebu rentas sempadan, menjamin akan mencegah kebakaran hutan, dari peringkat presiden hingga ke peringkat akar umbi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.