Categories
SELANGOR

Pasalewa pupuk masyarakat pemurah

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 17 OGOS: Program Flea Market Day (Pasalewa) berkonsepkan ’Derma Sambil Beramal’ kepada masjid sekitar Klang mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata program anjuran MPK dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) itu bertujuan memupuk ‘masyarakat pemurah’ dengan menyumbangkan barangan yang masih elok terus kepada masjid terlibat secara waqaf.

Katanya, hasil jualan barangan itu akan didermakan untuk kegunaan masjid dan pelbagai barangan berjaya dikumpul antaranya pakaian, beg, kasut dan permainan kanak-kanak.

“Program ini akan diperluaskan pada masa akan datang kerana ia memberi manfaat kepada penderma dan masjid disamping menjadi landasan awal mewujudkan masyarakat pemurah.

“Kerjasama daripada PAID dan nazir masjid banyak membantu menjayakan aktiviti amal ini dan ia akan diperluaskan ke masjid yang lain kelak,” katanya dalam kenyataan.

PASALEWA

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.