Categories
SELANGOR

PBT perlu selesai masalah penjaja bukan sekadar saman

OLEH LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 OGOS: Pendekatan lama pihak berkuasa tempatan (PBT) menyita dan menyaman terhadap penjaja tanpa lesen tidak lagi relevan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha, berkata tindakan itu hanya memberi kesan jangka pendek kepada penjaja.

“Kebanyakan penjaja ini sudah banyak kali disaman, didenda malah disita tetapi mereka terus berniaga kerana itu sumber pendapatan mereka.

“Jadi, PBT harus cepat bertindak dengan solusi sesuai agar masalah tidak berulang dan selesai dengan situasi menang-menang,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, beliau menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan Dewan Negeri Selangor (DNS) meninjau penjaja tidak berlesen di sekitar Taman Medan.

JK PENJAJA 1Turut serta pengerusinya, Saari Sungib dan anggota lain termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail dan Lai Nyuk Lan (Sungai Pelek).

Haniza berkata, usaha penjaja menjana pendapatan seharusnya dipermudah pihak berkaitan.

“Mereka ada inisiatif untuk berniaga dan menambah pendapatan dalam keadaan kos sara hidup tinggi seterusnya membebaskan diri daripada zon miskin bandar.

“Jadi kita tidak perlu beri mereka kursus lagi, tinggal pantau sahaja golongan ini untuk terus berniaga,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.