Categories
NASIONAL

Sambutan ulang tahun pertama AMANAH di Muar

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) bakal mengadakan sambutan ulang tahun pertama peringkat Nasional di Y Square Hall, Lebuh AMJ (Alor Gajah, Melaka-Johor), Sungai Abung, Muar, Johor, pada 24 September ini.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, berkata sambutan setahun usia parti komponen Pakatan Harapan yang genap setahun penubuhannya pada 16 September ini diadakan di Muar sempena lokasi tercetusnya parti itu.

“Idea dan kesepakatan awal idea untuk menubuhkan Amanah ini kebetulan tercetus di Bakri, Muar, maka sebab itu sambutan pertama kita adakan di sana sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat setempat.

ANUAR TAHIR“Keduanya, untuk memberi penghormatan kepada pasukan Aminolhuda Hassan (Pengerusi Amanah dan Adun Parit Yaani) sebagai penggerak awal penubuhan parti ini selain usaha beliau yang aktif sejak Amanah mula ditubuhkan,” katanya pada sidang media parti itu di Wisma Amanah di Taman Wahyu, di sini, hari ini.

Katanya, sambutan itu akan dimulakan dengan acara larian yang bermula seawal jam 7.00 pagi diikuti pelbagai acara lain sehingga jam 12.00 malam.

Antara acara yang akan diadakan ialah pertandingan memancing, catur cina, pemeran, persembahan kebudayaan, ceramah perdana dan ‘Johor Food Fare’.

Katanya, satu majlis makan malam yang akan disertai majlis pimpinan Amanah dan rakan politik lain turut diadakan pada malam 17 September ini di lokasi yang akan diumumkan nanti.

Selain sambutan peringkat kebangsaan, Amanah peringkat negeri dan kawasan juga akan mengadakan pelbagai sambutan di tempat masing-masing.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.