Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Pemuda Pakatan sokong Himpunan #TangkapMO1

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 13 OGOS: Pemuda Pakatan Harapan (Pakatan) komited menyokong usaha solidariti anak muda terhadap himpunan aman #TangkapMalaysiaOfficial1 (TangkapMO1) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, pada 27 Ogos ini.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan, berkata adalah wajar pandangan mereka bukan sahaja didengar, malahan diiktiraf sebagai sumbang saran untuk pemerintah.

“Diingatkan kepada Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan para pentadbir universiti supaya memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara.

“Suara mahasiswa adalah suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik yang akan menjadi pemangkin untuk mencapai negara lebih sejahtera,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh.

IMG_1235Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada kepincangan urus tadbir membimbangkan ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) berkenaan penyelewengan berbilion ringgit melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tiga individu yang didakwa bertanggungjawab disebut dengan jelas dua daripadanya Rizza Aziz dan Jho Low, namun seorang lagi hanya dinyatakan sebagai Malaysia Official 1.

“Dipercayai individu di sebalik nama Malaysia Offical 1 yang disebut 32 kali dalam laporan US DOJ menjadi dalang dalam menyusun atur dan menerima ratusan juta dari 1MDB ke akaun peribadinya,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.