Categories
SELANGOR

Program Karnival Sihat terima sambutan hangat

KUALA SELANGOR 23 OGOS: Program Karnival Sihat Selangor dan Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menerima sambutan hangat masyarakat.

Program itu diadakan dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama, manakala majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan, berkata program itu bertujuan memberi kesedaran berkenaan amalan bersenam, pemakanan dan diet sihat, sikap positif serta pemeriksaan kesihatan berkala bagi mengelakkan penyakit.

“Objektif penganjuran program memberi kesedaran awam kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas, memupuk amalan bersenam dan beriadah dalam kalangan masyarakat dan membentuk sikap positif dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program berlangsung 20 Ogos lalu di Dewan Saujana Utama, Saujana Utama, Sungai Buloh.

Katanya, aktiviti berkonsepkan kesihatan dan kekeluargaan dapat meningkatkan kesedaran dan mengeratkan hubungan di antara ahli masyarakat dan keluarga mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan alam sekitar.

DSC_6513“Antara aktiviti dijalankan adalah kempen berjalan 10,000 langkah, “Kayuhan Jantungku” dan senamrobik. Alhamdulillah, penyertaan pada kali ini amat memberansangkan dan kita menerima hampir 2,000 penyertaan,” katanya.
Selain daripada itu, program itu juga menjadi platform kepada semua penduduk dan orang awam untuk mengunjungi Hari Bertemu Pelanggan MDKS 2016 Bil. 2 yang diadakan sempena Karnival Jom Sihat Selangor ini.

Katanya, pihak Majlis turut menerima baik cadangan dan penambahbaikan hasil daripada sesi rundingcara bersama pegawai MDKS bagi meningkatkan taraf perkhidmatan diberikan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.