Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor peneraju teknologi hijau, konsisten fokus pembangunan lestari

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 OGOS: Selangor menjadi peneraju utama di Malaysia meneruskan komitmen pembangunan negeri berasaskan teknologi hijau.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata inisiatif tersebut digerakkan menerusi pelan tindakan teknologi hijau 2016-2018 terhadap penggunaan kenderaan elektrik di seluruh negeri.

“Kita sedang melihat untuk memastikan teknologi hijau dan usaha mengurangkan penggunaan karbon ini diberikan tumpuan Kerajaan Negeri.

“Apa yang dilakukan ini adalah satu permulaan yang baik ke arah inisiatif menggalakkan pengunaan teknologi terkini,” katanya.

CP2A9583-800x533Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018 dan Pengecas Kenderaan Elektrik (ChargEV) di perkarangan Bangunan Annex, di sini hari ini.

Terdahulu, pelan tindakan ini dilaksanakan untuk terus memastikan keseimbangan pembangunan insan dan fizikal berasaskan pembangunan lestari yang diwujudkan di negeri ini.

Usaha tersebut sekali gus meletakkan Selangor sebagai satu-satunya negeri yang menerapkan penggunakan kenderaan elektrik dengan penyediaan 53 unit pengecas kenderaan.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, penggunaan teknologi hijau di Selangor terus diperhebatkan.

Ia termasuklah inisiatif penggunaan bas elektrik melibatkan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri.

Beliau berkata, keberkesanan program itu sekali gus mampu menjana pengurangan penggunaan karbon secara holistik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.