Categories
SELANGOR

MPAJ urus kutipan tempat letak kereta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 OGOS : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertanggungjawab sepenuhnya mengurus selia kutipan tempat letak kereta di bawah kawasan pentadbirannya.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad, berkata ketetapan itu dibuat selepas syarikat konsesi menyerahkan urusan kutipan kepada pihak majlis sepenuhnya.

“MPAJ meneruskan Operasi Tempat Letak Kereta Berkupon dalam kawasan pentadbiran MPAJ.

“Pihak konsesi menyerahkan urusan kutipan tempat letak kereta kepada pihak Majlis,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, MPAJ juga melaksanakan sistem berkupon di semua tempat letak kereta di kawasan perbandarannya, bermula 1 September ini.

Senarai agen kutipan dibenarkan membuat kutipan tiket daripada orang awam akan dimaklumkan MPAJ, Jumaat ini.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh terus menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Dan Sekretariat di talian 03-428973753.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.