Categories
SELANGOR

MDKS anjur Karnival Sihat 20 Ogos

KUALA SELANGOR 16 OGOS: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menganjurkan Program Karnival Sihat Selangor pada 20 Ogos ini, Sabtu, jam 7.00 pagi di Dewan Saujana Utama,Saujana Utama, Sungai Buloh.

Setiausaha MDKS, Azahari Sairin, berkata program itu diadakan dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama, manakala perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Katanya, program itu untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai pentingnya kesejahteraan dan kesihatan melalui senaman fizikal dan amalan gaya hidup sihat.

“Pada tahun ini, kita memilih tema mengatasi “Diabetes” yang menjadi kebimbangan rakyat dan program ini dapat memberi kesedaran orang ramai berkaitan penyakit ini,”.

“Semakin ramai golongan muda menghidap penyakit diabetes berikutan peningkatan kadar obesiti di kalangan mereka yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan tidak seimbang dan kurang melakukan senaman fizikal,” katanya dalam kenyataan media.

MDKS1Orang ramai dijemput menyertai karnival ini dan antara aktiviti dijalankan adalah kempen berjalan 10,000 langkah, “Kayuhan Jantungku” dan senamrobik.

Penyertaan adalah percuma dan T-shirt edisi khas turut disediakan secara percuma untuk 300 peserta terawal.

Selain itu, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS).

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Afdal Ismail talian 03-32812235 atau mengunjungi laman web http://www.mdks.gov.my untuk info lebih lanjut.

Dalam masa sama, turut diadakan Hari Bertemu Pelanggan MDKS 2016.

“Orang awam dijemput membuat sebarang aduan atau memberikan cadangan membina bagi meningkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan disediakan MDKS serta perkhidmatan rundingcara bersama pegawai khas bertugas,” katanya.

Turut disediakan, kaunter bayaran cukai bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak atau membayar cukai taksiran.

Orang ramai dinasihatkan membawa bil lama atau dokumen harta jika tidak menerima bil semasa untuk membuat bayaran di kaunter bergerak tersebut.

Orang ramai juga berpeluang menikmati potongan 50 peratus denda lewat cukai taksiran dan denda lewat bayaran sewaan premis.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.