Categories
NASIONAL

Tiga hari berturut-turut ringgit diniaga rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih rendah bagi hari ketiga berturut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), berikutan pasaran mencari petunjuk jelas bagi kenaikan kadar seterusnya oleh Rizab Persekutuan AS.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.0350/0400 berbanding dolar dari 4.0250/0350 pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran FXT, Hussein Sayed berkata, ekonomi AS kini hampir mencapai sasaran bank pusat dan Keluaran Dalam Negara Kasar negara itu dijangka mencapai peningkatan pertumbuhan pada suku akan datang.

“Bagaimanapun, pasaran seolah-olah masih belum yakin pada usaha menormalkan dasar kewangan, dan memerlukan pengesahan dari Pengerusi Fed, Janet Yellen yang akan memperkatakan mengenainya pada Jumaat ini,” katanya dipetik BERNAMA.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain. Ia jatuh berbanding pound British kepada 5.3173/3255 dari 3037/3185 semalam, tetapi naik berbanding yen kepada 4.0173/0243 dari 4.0190/0302.

Sementara, ringgit lemah berbanding dolar Singapura pada 2.9823/9873 dari 2.9813/9896. Unit tempatan itu turut susut berbanding euro kepada 4.5583/5656 dari 4.5591/5721 pada Selasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.