Categories
SELANGOR

Tubuh agensi khas tingkat pembangunan seni

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kerajaan Negeri mempertimbang untuk mewujudkan agensi program pembudayaan khas bertujuan secara efektif membangunkan program kesenian seluruh negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata perbincangan mengenainya  dibuat bagi mengenalpasti fungsi keberkesanannya.

“Sudah sampai masanya Kerajaan Negeri memperkenalkan agensi khas untuk mengawal selia program pembangunan keseniaan di peringkat negeri.

“Sarawak sebagai contoh dan Johor yang mempunyai agensi khas seperti Yayasan Warisan Johor yang berperanan untuk mengurus selia program keseniaan negeri masing-masing.

“Peringkat permulaannya kita merangka perbicangan bersama pengurusan sumber negeri untuk mewujudkan agensi ini,” katanya di Dewan Negeri Negeri Selangor (DNS) pagi ini.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung perkembangan industri keseniaan negeri.

CP2A9383-800x533Amirudin berkata, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM200,000 sebagai inisiatif dan program pembangunan seni budaya di 10 PBT seluruh Selangor.

“Setiap PBT menerima sebanyak RM20,000, dari jumlah tersebut disyaratkan RM10,000 digunakan untuk program pembangunan seni setiap daerah.

“Manakala baki daripada jumlah tersebut digunakan untuk penganjuran acara seni budaya,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk ‘Projek Peta Kebudayaan Selangor ’ (Selangor Cultural Map ).

“Projek tersebut dijalankan dengan kerjasama Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional (PUSAKA) buat pertama kalinya mendokumentasikan secara komprehensif.

“Pendokumentasian dihasilkan dalam bentuk rakaman audio, visual dan juga kajian ilmiah kebudayaan Orang Asal dari suku kaum Mah Meri di Pulau Carey dan juga masyarakat Temuan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.