Categories
SELANGOR

Kerjasama IPT dan sekolah bantu perangi denggi

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 SEPT: Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad menyokong sebarang usaha penubuhan jawatankuasa memerangi wabak denggi terutama di sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT).

NIK-NAZMiKatanya, inisiatif memerangi wabak denggi perlu diutamakan bagi mengelakkan ia terus menular dan membahayakan pelajar.

“Memerangi wabak denggi sememangnya sesuatu yang perlu diutamakan dan sebarang inisiatif yang membantu mengurangkan penyebaran wabak ini perlu digalakkan. Kerjasama semua pihak termasuk IPT atau sekolah juga dialu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penubuhan skuad denggi di peringkat sekolah dan IPT di bawah Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menjadi peneraju kepada gerak kerja kesedaran bahaya denggi di peringkat institusi pendidikan menerusi penubuhan ‘Skuad Denggi’.

Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi memupuk kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan kebersihan di kawasan persekitaran tempat belajar dan penginapan asrama.

-NFN-