Categories
SELANGOR

KUIS tubuh ‘Skuad Denggi’, pupuk kesedaran mahasiswa

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BANGI 22, SEPT : Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menjadi peneraju kepada gerak kerja kesedaran bahaya denggi di peringkat institusi pendidikan menerusi penubuhan ‘Skuad Denggi’.

Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi memupuk kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan kebersihan di kawasan persekitaran tempat belajar dan penginapan asrama.

Menyambut baik usaha itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pendekatan itu wajar dicontohi pusat pendidikan tinggi lain seluruh negeri.

“Apa yang dilakukan KUIS adalah sesautu yang sangat positif dan kita nampak kesungguhan mereka secara proaktif untuk mengekang denggi dalam kalangan pelajar.

img_20160921_183637_331“Pendekatan ini mampu menjana kefahaman yang lebih meluas kepada ahli Skuad Denggi itu sendiri dan mahasiswa lain untuk menyebarkan maklumat terhadap bahaya denggi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Program Terjah Denggi dan Zika di KUIS, di sini, semalam.

Dalam perkembangan itu, Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri giat melaksanakan kempen kesedaran serta penubuhan pasukan khas memantau persekitaran sekolah yang berpotensi menjadi habitat Aedes.

“Dalam perbincangan kita, Kerajaan Negeri turut menggalakkan agar sekolah seluruh negeri mewujudkan pasukan denggi.

“Pada masa sama, Kids Volunteer di peringkat tadika juga ditubuhkan menerusi aktiviti kebersihan dan gotong royong denggi di kawasan persekitaran masing-masing,” katanya.

-nR-