Categories
SELANGOR

MPAJ fokus kutip cukai taksiran tertunggak

OLEH NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 29 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meneruskan operasi mengutip tunggakan cukai taksiran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dan Bukit Antarabangsa.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain, berkata MPAJ mensasarkan 29 premis di Chempaka membabitkan tunggakan sebanyak RM398,056.28 dan Bukit Antarabangsa pula melibatkan 55 premis dengan tunggakan bernilai RM918,819.32.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussain“Tindakan ini dilaksanakan bagi mengutip tunggakan cukai taksiran MPAJ yang masih gagal dijelaskan dengan jumlah keseluruhan di kawasan pentadbiran MPAJ sebanyak RM19.16 juta,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Penuh MPAJ di Menara MPAJ di sini, hari ini.

Jelasnya, sebelum ini operasi sama turut dijalankan di DUN Hulu Klang berjaya mengutip RM63,924.15 membabitkan 11 premis.

Sementara itu bagi DUN Teratai, sejumlah 9 premis diperiksa dengan kutipan cukai taksiran tertunggak berjumlah RM87,349.38 dan 20 Premis di DUN Lembah Jaya membabitkan kutipan sebanyak RM31,671.

-nR-