Categories
SELANGOR

WHB sumbang peralatan perubatan VESTI kepada Universiti dan Hospital

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 SEPT: Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerusi kempen Worldwide Prihatin meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) memberi penekanan dan memperkasakan pendidikan dalam kalangan pelajar tempatan.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Amin Nardin Ishak berkata, WHB melalui fakulti perubatannya menyumbang produk peranti perubatan kepada universiti tempatan untuk tujuan latihan dan peningkatan kemahiran, mempelajari teknik jahitan pembedahan menutup luka besar dan kecil.

“Antara universiti menerima sumbangan dalam bentuk produk peranti perubatan jenama VESTI adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MAHSA University & Management Science University (MSU)

“WHB melalui anak syarikatnya Worldwide Medivest Sdn. Bhd. (WMSB) juga telah memasarkan produk peranti perubatan jahitan pembedahan jenama VESTI kepada hospital kerajaan untuk kegunaan prosedur pembedahan kepada golongan memerlukan,” katanya dalam kenyataan.

Kempen Worldwide Prihatin diadakan di SACC Convention Centre, Shah Alam pada 27 September lalu.

img_2048 Selain itu, hospital kerajaan turut menerima peralatan VESTI antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Serdang & Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk kegunaan prosedur pembedahan kepada golongan memerlukan.

Katanya, WHB turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM110,000.00 dalam bentuk tunai dan bantuan peralatan perubatan untuk kegunaan mangsa perang yang berada dihospital dan di kem pelarian di Gaza dan Syria.

“WHB akan berkolaborasi dengan pihak Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Aman Palestin Malaysia dalam kutipan dana bagi misi kemanusiaan dengan meletakkan tabung kutipan dana di pejabatkorporat, pejabat jualan, anak syarikat, tapak-tapak projek dan ruang pameran hartanah dan perkhidmatan WHB.

“Kami berharap program sebegini mampu memberi sinar harapan bagi meneruskan kehidupan disamping dapat meringan kesakitan kepada saudara Islam yang tercedera akibat peperangan,” katanya.

-nR-