Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pengurusan kewangan cemerlang, Rizab Selangor lepasi paras RM4.1 bilion

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI, 4 SEPT: Disebalik keadaan ekonomi tidak menentu dan pengurusan kewangan lemah di peringkat Kerajaan Persekutuan, Selangor sebaliknya terus mengukuhkan rizabnya apabila mencatatkan rekod terbaru dengan melepasi RM4.1 bilion.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pertambahan rizab Kerajaan Negeri itu berlaku disebabkan amalan pentadbiran negeri mengekalkan kecemerlangan pengurusan kewangan dan ekonomi negeri termaju itu.

“Saya dengan pimpinan termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Timbalan Speaker, Mohd Shafie Ngah dan ADN lain sedang merangka Belanjawan 2017 bagi melihat bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu meringankan bebanan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup begitu tinggi.

“Kita mampu menjayakan program ini (Belanjawan 2017) kerana kedudukan kewangan Negeri Selangor yang kukuh dan sudah melepasi RM4.1 bilion pada bulan yang lalu,” kata Mohamed Azmin.

Azmin-RakyatBeliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tautan Ukhwah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diadakan di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi di sini, malam tadi.

Jelasnya, pimpinan Kerajaan Negeri menganggap rizab dikumpulkan itu harus dibelanjakan dalam bentuk pembangunan dan bukan untuk menampung kos operasi.

Katanya, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada projek pembangunan Anjung Rahmat dijalankan WADAH pada Belanjawan 2017 nanti.

EZY