Categories
SELANGOR

Program ABCD pupuk wanita bantu diri dan komuniti

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 SEPT: Kerajaan Negeri terus komited merangka pembangunan wanita di negeri ini melalui Program Model Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset atau Asset Based Community Development (ABCD).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program dirangka khusus kepada wanita untuk mengenal pasti kelebihan dan keistimewaan diri supaya dapat membantu diri serta komuniti.

“Program ini juga membantu wanita mengeluarkan potensi yang ada dalam diri mereka serta mengenal pasti sumber dan aset disekelilingnya,” katanya dalam kenyataan.

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga itu akan berlangsung di Hotel DePalma Ampang, pada 3 dan 4 September ini.

ABCDTambahnya, selain itu wanita akan lebih dikenali sebagai agen perubahan kepada pembangunan komuniti kelak.

“Mereka juga didedahkan dengan pelbagai idea dalam bagaimana menjana pendapatan sendiri disamping tingkatkan perasaan cintakan komuniti.

“Sebagai contoh mengenal pasti persekitaran, ekonomi, agensi-agensi, kKemudian hasil dari penemuan tersebut, kita akan hasilkan satu plan pembangunan wanita di negeri ini,” katanya.

-nR-