Categories
PENDIDIKAN

48 pelajar UNISEL terbang ke seberang timba pengalaman

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 19 OKT: Seramai 48 pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bakal terbang ke Indonesia sempena program Pengantarabangsaan Pelajar pada 21 Oktober ini.

Bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya, Majlis Simbolik Pelepasan Pelajar disempurnakan Timbalan Naib Canselor Bahagaian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP), Prof Dr Shaharuddin Baharuddin.

Rombongan kali ini melibatkan enam kumpulan pelajar pelbagai kursus dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial.

Kumpulan pertama merupakan delegasi akademik ke Gagasceria Innovative Education, Bandung yang melibatkan 10 pelajar bermula 21 hingga 26 Oktober 2016.

unisel032Tarikh sama turut menyaksikan enam pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) berkampung di Universiti Utara Medan (USU) untuk latihan mengajar.

Seramai enam pelajar lain dari jurusan sama pula akan berpusat di Lancang Kuning, Indonesia untuk latihan mengajar dengan tambahan satu hari.

Sementara itu, kumpulan keempat melibatkan tujuh pelajar ISM Sains Perpustakaan yang bakal mengikuti latihan industri di Universitas Lancang Kuning.

Manakala enam pelajar dari jurusan sama pula mengikuti latihan industri di Perpustakaan Bina Darma, Palembang, Indonesia.

Kumpulan terakhir melibatkan 13 pelajar di Universitas Mercu Buana, Jakarta untuk mengikuti latihan industri dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

EZY