Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

5,000 ahli AMK sertai BERSIH 5

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 6 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjangkakan kira-kira 5,000 ahlinya akan menyertai perhimpunan aman BERSIH 5, pada 19 November ini.

dr-afifTimbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya akan menggerakkan anggota AMK seluruh negara bagi menghadirinya dan menyatakan pendirian secara jelas menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“AMK menyatakan sokongan dan dukungan penuh kepada penganjuran demonstrasi aman BERSIH 5.

“Dijangkakan lebih kurang 5,000 anggota AMK seluruh negara bakal menyertai perhimpunan kali ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, AMK juga bersedia menawarkan skuad petugas bagi tujuan menjaga keselamatan bagi memastikan perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“AMK akan terus menyokong dan menggerakkan ahlinya bagi membantu BERSIH 5 juga melakukan siri jelajah konvoi juga penerangan di kawasan masing-masing bagi mengajak rakyat bersama dengan perhimpunan BERSIH 5,” katanya.

-NFN-