Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Permohonan habeas corpus Maria Chin 29 November

SHAH ALAM, 24 NOV: Permohonan habeas corpus bagi pembebasan Maria Chin Abdullah akan di dengar Mahkamah Tinggi, pada 29 November ini selepas perjumpaan peguamnya, Gurdial Singh Nijar dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan dalam kamar.

Gurdial Singh berkata, Jabatan Peguam Negara meminta tempoh seminggu untuk membalas afidavit.

“Bagaimanapun, kami membantah kerana Maria mungkin berhadapan tempoh yang lebih lama dalam tahanan sebelum perbicaraan.

pc-8-of-25“Kita juga meminta Maria dibawa hadir ke mahkamah semasa perbicaraan, namun Pesuruhjaya Kehakiman memberitahu pemohon tidak hadir di hadapan mahkamah.

Katanya, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah bagi membawa Maria hadir di hadapan pendengaran atau tidak,” katanya.

Manakala, peguam kanannya berkata, Nordin mengarahkan Jabatan Peguam Negara bersama empat responden untuk memfailkan afidavit mereka dalam jawapan, pada 28 November ini.

Difahamkan, Maria memfailkan habeas corpus iaitu pembebasannya daripada Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau tahanan SOSMA serta-merta, pada 21 November lalu.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

5,000 ahli AMK sertai BERSIH 5

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 6 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjangkakan kira-kira 5,000 ahlinya akan menyertai perhimpunan aman BERSIH 5, pada 19 November ini.

dr-afifTimbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya akan menggerakkan anggota AMK seluruh negara bagi menghadirinya dan menyatakan pendirian secara jelas menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“AMK menyatakan sokongan dan dukungan penuh kepada penganjuran demonstrasi aman BERSIH 5.

“Dijangkakan lebih kurang 5,000 anggota AMK seluruh negara bakal menyertai perhimpunan kali ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, AMK juga bersedia menawarkan skuad petugas bagi tujuan menjaga keselamatan bagi memastikan perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“AMK akan terus menyokong dan menggerakkan ahlinya bagi membantu BERSIH 5 juga melakukan siri jelajah konvoi juga penerangan di kawasan masing-masing bagi mengajak rakyat bersama dengan perhimpunan BERSIH 5,” katanya.

-NFN-