Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

600 peserta terima pendedahan hak keselamatan kanak-kanak

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Seramai 600 peserta membabitkan pengusaha taska dan ibu bapa menyertai Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-Kanak Negeri Selangor bagi meningkatkan kesedaran terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.

Exco Kesihatan,Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, penganjurannya bertujuan memberi pendedahan dan ilmu kepada ibu bapa, guru dan pengasuh taska tentang langkah pencegahan kes jenayah melibatkan kanak-kanak.

“Adalah mustahak untuk ibubapa dan penjaga mengetahui hak asasi kanak-kanak agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat.

“Ia juga membantu membentuk persekitaran sihat supaya kanak-kanak dapat membesar sekali gus membentuk masyarakat positif dan produktif seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

daroyah-seminar-kanak-kanak-2Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-kanak Selangor 2016 di Hotel De Palma Shah alam, hari ini.

Seminar tersebut dirangka khas Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Taska Negeri Selangor.

Seminar itu juga menampil Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Affandi Hashim bagi berkongsi ilmu, tips keselamatan serta langkah pencegahan diperlukan kanak-kanak apabila berdepan dengan risiko jenayah.

Antaranya isu pengeksploitasian kanak-kanak melalui media sosial, jenayah serta aspek keselamatan kanak-kanak iaitu pencegahan, pencelahan dan pemulihan.

Hadir sama Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor, Mahanom Basri dan ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

-nR-