Categories
NASIONAL

Tony Pua kini bebas ke luar negara

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 15 OKT: Larangan ke luar negara yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pataling Jaya Utara, Tony Pua tamat apabila pihak Imigresen menarik balik larangan perjalanan itu.

Perkembangan terbaru yang disifatkan sebagai berita baik itu dikongsi Pua menerusi laman facebooknya hari ini.

“Gobind Singh Deo (Penguam) memberitahu saya bahawa peguam kanan persekutuan di Jabatan Peguam Negara memaklumkan kepada beliau bahawa larangan perjalanan saya telah ditarik balik,” tulisnya.

Pada Julai 2015, Pua dikenakan larangan ke luar negara ekoran siasatan polis ke atas dirinya atas dakwaan menjalankan ‘aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen’.

tony-puaIa susulan kritikan Pua terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung scandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, usaha Pua melakukan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan itu ditolak Mahkamah pada Julai lalu.

Hasli pemeriksaan Pua dalam talian menunjukkan dirinya kini sudah bebas melakukan perjalanan ke luar negara.

“Saya baru sahaja periksa laman web Imigresen dan ya, status saya kini ‘tiada halangan’.

“Merenung ke depan untuk lawatan pertama saya di luar negara!” tulisnya.

-nR-