Categories
NASIONAL

Helikopter terhempas di Tawau

TAWAU 4 OKT: Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di atas bumbung sebuah dewan yang masih dalam pembinaan di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau, pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan media berkata helikopter itu membuat pendaratan cemas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau pada jam 9.35 pagi.

Helikopter yang membawa 14 penumpang berlepas pada jam 7.35 pagi membuat latihan penerbangan harian biasa.

“Semua anak kapal dan penumpang helikopter tersebut selamat,” kata kenyataan itu.

Katanya TUDM menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan mengawal kawasan sebelum mengambil tindakan bagi membawa keluar helikopter dari kawasan insiden.

“TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian  sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau telah membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kita mendapat laporan terdapat beberapa pelajar trauma susulan kejadian itu kerana ia berlaku ketika sesi pembelajaran,” katanya.

EZY

14457355_640438879467159_5985384094953554123_n 14502915_640439312800449_6240363838113372194_n 14495261_640439122800468_6911298894272233653_n 14581462_640439089467138_4082327221086614873_n

Gambar: Sumber FB/Twitter

Laporan lanjut bakal menyusul