Categories
GLOBAL

Kapal Zaytouna semakin hampir ke Pantai Gaza

SHAH ALAM 5 OKT: Kapal Zaytouna membawa 13 wanita dari 12 buah negara sudah melepasi garisan 80 batu nautika ke arah Pantai Gaza pada jam 12.20 waktu tempatan (UC+3).

Facebook Rose2Rose melaporkan Zaytouna sudah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel pada jam 11.40 waktu tempatan.

Ketika tragedi Mavi Marmara, tentera Israel menyerang kapal pada kedudukan 70 batu nautika.

Butiran perbualan team Crisis Centre (CC) bersama Dr Fauziah Mohd Hasan menyatakan
maklumat dari AlJazeera Arabic rakyat di Gaza terutama wanita dan kanak-kanak sedang menunggu mereka di Pantai Gaza.

14462921_1126798994024431_5445955268211842450_nWakil AlJazeera di Jerusalem memaklumkan bahawa tentera Israel tidak akan menggunakan kekerasan jika menangkap ahli misi WBG. Setakat ini tidak kelihatan kapal Israel.

Kapal Zaytouna mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza kerana Zaytouna percaya rakyat Gaza berhak menikmati kebebasan dan keadilan seperti mana manusia lain.

EZY