Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

Kedah juara, Selangor akur tewas penalti

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 OKT: Nasib nyata tidak memihak Selangor apabila tewas 6 – 5 kepada Kedah menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Perlawanan akhir itu terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti apabila keputusan terikat 1 – 1 selepas ia berlarutan 120 minit dengan tambahan masa 30 minit berakhir.

Rizal Ghazali muncul wira Helang Merah dengan jaringan gol kemenangan bagi memastikan skuad bimbingan Tan Cheng Ho muncul juara Piala Malaysia tahun ini.

Kedah memiliki kelebihan gol ekoran kegagalan Rizal Fahmi melakukan penyudah berkesan bagi menewaskan Ifwat Akmal sebelumnya.

344a3147-1024x683Gol keenam dari tambahan sepakan penalti ketiga itu selepas keputusan 4 – 4 dari lima sepakan awal.

Perlawanan akhir iini berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan mengatur gerak berbalas serangan sejak minit awal.

Kedah turun dengan tekad balas dendam kekalahan tahun lalu manakala Selangor cuba mengekalkan kejuaraan selain mencapai misi ke 34.

Dengan suasana stadium gamat hasil sorakan hampir 80,000 penyokong Merah Kuning dan Hijau Kuning, permainan nyata rancak dan mendebarkan.

Kedah yang sentiasa mencabar dengan serangan merbahaya terlebih dahulu mengatasi The Red Giants selepas tujuh minit separuh masa kedua bermula menerusi jaringan Rizal Ghazali dari luar kawasan penalti melepasi jangkauan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan.

Bagaimanapun kegembiraan penyokong Helang Merah tidak kekal lama apabila Hazwan Bakri (m60) berjaya menyamakan kedudukan melalui serangan balas pantas dengan satu sepakan kencang menewaskan Ifwat Akmal.

img_20161030_221804_703-1024x622Terikat 1 – 1 menyaksikan perlawanan berterusan rancak dengan kedua-dua pasukan tidak berputus asa mencari gol kemenangan.

Dengan barisan serangan diketuai Ketua pasukan, Andik Vermanshah, skuad bimbingan K Gunalan mengatur serangan balas pantas menyaingi pasukan lawan diterajui Baddrol Bakhtiar.

Perlawanan berterusan dalam masa tambahan 30 minit selepas tamat masa penuh 90 minit dengan kedudukan tidak berubah.

Kedah lebih bernasib baik muncul juara bila mengatasi Selangor melalui penentuan penalti pada malam penuh sejarah itu.

-nR-