Categories
SELANGOR

LZS: Adik nasi lemak dibantu, keprihatinan masyarakat dipuji

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 15 OKT : Kisah gadis belasan tahun menjaja nasi lemak di kaki lima Maybank Ampang demi meringgankan beban keluarga yang viral sebelum ini mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menerusi laman facebook, LZS memaklumkan pihaknya sudah menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Alhamdulilah ada masyarakat prihatin kepada adik ini dan LZS juga sudah menyalurkan bantuan kepada keluarganya.

“Ayahnya Ahmad Sanusi, 43 tidak bekerja kerana sakit jantung dibantu LZS untuk kos pembedahan RM14,000 pada Mei lalu,” tulisnya di facebook.

14642302_10154471058496221_8315279370625270221_nSelangorKini difahamkan, adik tersebut menjaja nasi lemak di kaki lima sejak dua bulan lalu demi meringankan beban keluarga.

Sementara, ibunya kini bekerja di pasaraya bagi menampung keperluan anak-anak berumur 15, 12, 11, 7 dan 3 tahun.

Sebelum ini, gambar adik tersebut sedang duduk di kerusi menanti nasi lemaknya terjual mendapat perhatian dan ramai netizen menzahirkan rasa terharu dengan kecekalannya mencari rezeki meringankan beban keluarga.

Tidak kurang juga yang mendoakan adik tersebut berjaya dalam kehidupan dan keluarganya beroleh kesenangan.

-nR-