Categories
SELANGOR

MAIS laksana operasi pantauan premis

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan operasi pemantauan premis di Kompleks Amaniah bersama Bahagian Pengurusan Hartanah dan Bahagian Pengurusan Projek, Sektor Hartanah MAIS.

MAIS - BangunanMenurut laman rasminya, MAIS mempunyai 50 premis di Kompleks Amaniah, Gombak membabitkan 33 penyewa dan 15 premis yang disewa lebih dari satu unit.

Operasi dijalankan bagi meningkatkan kesedaran kepada penyewa mengenai bayaran sewaan serta perjanjian sewaan.

Menerusi operasi itu juga, penyewa premis MAIS boleh menjelaskan bayaran sewaan bulanan dan juga melaporkan sebarang kerosakan premis.

Selain itu, secara tidak langsung ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara MAIS dan penyewa premis milik MAIS.

-NFN-