Categories
SELANGOR

MPSepang saman pengusaha tapak sampah haram

OLEH HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 10 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan mengeluarkan notis kompaun ke atas pengusaha tapak pembuangan sampah haram di Kampung Pulau Meranti, di sini, yang dikenakan tindakan sita.

Pengarah Penguatkuasanya, Mohd Azran Musa berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan tindakan selepas mendapati kawasan terbabit disalah guna menjadi tapak pembuangan sampah haram.

“Kita akan mengeluarkan notis iaitu tindakan kompaun selain notis pemberhentian operasi juga pembersihan kawasan.

“Kita bertindak menyerbu dan menyita dua tapak pembuangan sampah haram ini selepas mendapat maklumat awam sebelumnya,” katanya kepada media di sini, hari ini.

MPSepang bersama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Langat, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) serta Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han menyertai operasi mengejut itu yang diketuai Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

terjah-sampah-haram-yb-ean-yong-di-kawasan-pulau-meranti-puchong-5Pada masa sama, Mohd Azran berkata, pemilik kawasan itu ada membuat permohonan kepada MPSepang bagi kerja penambakan tanah dan lombong, namun kelulusan belum diberikan pihaknya.

“Mungkin terdapat pembangunan ingin dilakukannya di kawasan ini tetapi permohonan belum kita luluskan.

“MPSepang mempunyai syarat tertentu yang perlu dipenuhi pihak berkenaan,” katanya.

-AA-