Categories
SELANGOR

Bekalan air di 4 daerah kembali pulih

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 OKT: Penjadualan pemulihan bekalan air di empat daerah secara rasmi tamat pagi ini, kata Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Zaidy berkata, perkembangan terbaru itu bermakna bekalan air di Daerah Petaling, Sepang Kuala Langat dan Hulu Langat sudah kembali pulih.

Katanya, kesemua daerah melibatkan agihan bekalan dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih.

ybzaidy-2“Begitu juga dengan bekalan di daerah Hulu Langat yang menerima bekalan dari LRA Cheras yang sudah pulih sepenuhnya.

“Sementara itu, pemulihan berjadual sementara bagi Zon 1 dan 2 di Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang menerima bekalan dari LRA Langat masih berjalan dengan pemantauan rapi bagi mempercepatkan pemulihan,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 8 Oktober lalu, LRA Langat dan Cheras kembali beroperasi setelah betukar sumber air mentah daripada Sungai Semantan kepada Empangan Sungai Langat.

Pemulihan Berjadual Bekalan Air Sementara turut dilancar bagi memastikan proses agihan dan pemulihan lebih efisien.

Zaidy berkata, bekalan juga disalurkan ke zon yang dijadualkan tidak mendapat bekalan air sekiranya terdapat lebihan bekalan boleh agih.

“Pengguna dinasihatkan untuk mengikut penjadualan sementara ini sehingga bekalan kembali stabil,” katanya.

-nR-