Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Prestasi KDEBWB dinilai sebelum diperluas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri komited menyelesaikan isu sampah dengan adanya inisiatif baru Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM).

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, masa kini Kerajaan Negeri menjadikan Klang sebagai projek perintis.

Katanya, ia merupakan langkah penting untuk menambah baik sistem pengurusan sampah di negeri itu.

“Saya harap dengan usaha ini penduduk mendapat perkhidmatan terbaik.

“Kita dapat lihat pasukan profesional dan cekap berbanding dengan apa kita ada sebelum ini. Ini memberikan imej yang baru kepada penduduk Klang,” katanya kepada SelangorKini.

eanyongHian Wah berkata Kerajaan Negeri berpuas hati dengan KDEBWM yang dilantik untuk menguruskan masalah itu.

“Di peringkat pertama ini, KDEBWM hanya menyelesaikan pengurusan sisa pepejal.

“Dan diperingkat kedua nanti, mereka akan mengambil alih pengurusan sisa awam,” katanya.

Pada masa sama, Hian Wah mengakui mendapat permintaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain untuk menyerahkan pengurusan sampah kepada KDEBWM.

Namun, katanya Kerajaan Negeri mahu melihat prestasi dan kemajuan terlebih dahulu sebelum diperluas kepada PBT lain.

img_20161013_175449_965“Kita tidak meletakan satu tempoh khas kepada KDEBWM namun, sekiranya kita melihat keberkesanan dan mantap baru kita kembangkan ke PBT lain.

“Buat masa ini, Kerajaan Negeri berpuas hati kerana isu sampah di Klang lebih terkawal,” katanya.

KDEBWM mengambil alih perkhidmatan pungutan sisa pepejal sejak 1 Julai dan aplikasi (iClean Selangor) mula disediakan sejak 28 Julai.

-nR-