Categories
SELANGOR

RM10 juta dana awal R&D bio teknologi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Sejumlah RM10 juta diperuntuk sebagai dana awal (seed capital) bagi membiayai Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bio teknologi di Bio Bay, Pulau Indah.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia antara usaha penting menyokong pemerkasaan ‘Bioekonomi’ di Selangor.

“Menurut laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pertumbuhan Ekonomi (OECD), penggunaan bioteknologi menjana pertumbuhan ‘Bioekonomi’ yang merangkumi sektor pertanian, industri dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, sejumlah RM5 juta geran pelancaran turut disediakan bagi pembentukan Majlis Halal International Selangor.

“Dengan itu, Selangor bakal menerajui industri halal yang lebih inovatif dan bersifat ‘game changer’ di Malaysia.

“Kerajaan Negeri sentiasa giat berusaha meneroka dan menarik pelaburan strategik dan berimpak tinggi seperti industri aero-angkasa, automotif, bioteknologi dan industri halal,” katanya.

EZY