Categories
GLOBAL

Skandal 1MDB: 2 bekas pegawai kanan BSI didakwa di Singapura

SINGAPURA 11 OKT: Polis Singapura mendakwa dua bekas pegawai kanan BSI, ketika siasatan berterusan yang membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland di republik itu, Mei lalu.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan Yak Yew Chee ialah naib presiden kanan di BSI Singapura dan mengendalikan hubungan bank itu dengan 1MDB yang dilanda masalah, didakwa melakukan pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan.

Jabatan Hal Ehwal Komersial polis Singapura memfailkan dakwaan sama terhadap Yvonne Seah, bekas pengarah BSI.

1MDB-1024x731Mei lalu, bank pusat Singapura merujuk enam kakitangan dan pegawai kanan pengurusan BSI, termasuk Yak dan Seah kepada pendakwa raya untuk menilai jika mereka melakukan kesalahan.

Mei lalu, bank pusat Singapura mengarahkan penutupan operasi BSI di bandar raya itu, manakala Switzerland pula memulakan prosiding jenayah terhadap bank swasta itu.

Ia adalah antara tindakan keras antarabangsa yang terbesar dilakukan terhadap entiti kewangan yang berurusan dengan 1MDB.

EZY